This site uses cookies. By continuing to browse the site you are agreeing to our use of cookies. Read our privacy policy>

Reminder

To have a better experience, please upgrade your IE browser.

upgrade
If you need help, please click here:

Latar Belakang Kampus Xiamen University Malaysia

Xiamen University Malaysia, terletak di Sepang, Selangor, ialah kampus luar negara pertama yang dibuka oleh sebuah universiti Cina yang utama. Universiti berkenaan menawarkan pelbagai kursus ijazah dan siswazah sepenuh masa dalam bidang kesusasteraan, perniagaan, sains, kejuruteraan serta perubatan dan setakat ini, telah menerima lebih 5000 orang pelajar.

Setelah bertahun-tahun menjalankan kerja-kerja pembinaan dan pembangunan, kampus berkenaan mencakupi 150 ekar, dengan luas lantai 470,000 meter persegi, seni bina yang mengagumkan serta pelbagai kemudahan lengkap.

Cabaran Perniagaan Utama

Dari segi pembinaan ICT serta Operasi dan Penyelenggaraan (O&M), kampus berkenaan mempunyai keperluan yang tinggi untuk kapasiti rangkaian, liputan tanpa wayar tertutup dan akses lebar jalur tinggi, dengan keperluan tambahan untuk pusat data yang canggih.

Khususnya, dengan kampus baharu tersebut yang menawarkan pelbagai kawasan maklumat dengan kepadatan orang yang tinggi -- bermula daripada pejabat pensyarah dan pentadbiran, kelas pintar, bilik multimedia dan makmal, kepada bilik asrama pelajar, persatuan pelajar, kantin, perpustakaan, dewan teater serta tempat sukan – menyediakan persekitaran rangkaian yang berkelajuan tinggi dan lancar merupakan cabaran yang signifikan.

Walau bagaimanapun, universiti berkenaan mengekalkan tumpuannya untuk mencipta infrastruktur maklumat yang stabil dan andal yang dapat menyediakan kemudahan kelas pertama kepada semua pensyarah dan pelajar, dan membolehkan mereka untuk berkembang maju dalam persekitaran pendidikan yang cemerlang.

Memenuhi keperluan universiti, pengaturan berkepadatan tinggi dan akses Wi-Fi untuk pelbagai pengguna adalah amat penting. Rangkaian berkelajuan tinggi untuk pejabat kampus dan bilik asrama diperlukan bagi menyokong pelbagai perkhidmatan utama serta menyediakan O&M yang berkeandalan tinggi dan mudah.

Pembinaan pusat data yang boleh dilancarkan dengan pantas, diaturkan secara berperingkat-peringkat dan diurus dengan mudah -- kesemuanya sambil mengurangkan penggunaan tenaga -- juga merupakan satu cabaran yang besar semasa pembinaan infrastruktur kampus tersebut.

Kampus Lebih Pintar untuk Xiamen University Malaysia

• Penyelesaian Kampus Pintar untuk Institusi-institusi Pendidikan

Liputan rangkaian berkelajuan-tinggi telah disediakan, dengan kelajuan lebih daripada 5 Gbit/s, memenuhi keperluan tugasan yang memerlukan lebar jalur yang tinggi seperti memuat turun video dan fail besar yang lain.

Penyelesaian Wi-Fi membantu menyediakan liputan rangkaian semua-Senario bagi memenuhi keperluan untuk pelbagai senario, seperti di dalam kelas, auditorium, bilik mesyuarat, bilik asrama dan pusat sukan.

Suis boleh atur cara sepenuhnya yang berkuasa dapat membantu pelanggan menggunakan rangkaian berwayar dan tanpa wayar secara serentak dalam rangkaian kampus baharu, menyatukan dasar pengguna dalam seluruh rangkaian dan memastikan keselamatan rangkaian. Pengawal tangkas menyokong kedua-dua rangkaian tetap dan mudah alih, menjamin pengalaman perkhidmatan yang amat konsisten serta menyediakan akses pengguna, pada bila-bila masa, di merata tempat.

• AirEngine Wi-Fi6, dikuasakan oleh teknologi 5G Huawei, melaksanakan inovasi seperti teknologi antena pintar, frekuensi tiga-radio dan Wi-Fi teragih secara asasnya. Sama ada pengguna berada di kawasan padat-terminal atau di dewan teater yang amat padat, akses Wi-Fi percuma yang berkualiti tinggi disediakan di seluruh kampus.

• Penyelesaian CampusInsight menggunakan inovasi Kecerdasan Buatan (AI) – termasuk analisis mod kerosakan, ramalan kerosakan dan pencegahan proaktif – bagi menyediakan pensyarah mahupun pelajar dengan pengalaman Wi-Fi optimum, berserta O&M yang amat cekap.

• Suis siri S57/S127 melaksanakan seni bina berprestasi tinggi termasuk akses Eternet Gigabit (GE), pengagregatan 10G dan teras 100G, menyediakan akses kepada sejumlah besar pengguna dan keserempakan kapasiti yang besar.

• CSS2/iStack/LAG memastikan keandalan hujung-ke-hujung daripada akses, pengagregatan dan lapisan teras, menyediakan universiti dengan seni bina rangkaian yang amat andal.

• Penyelesaian penumpuan berwayar dan tanpa wayar melaksanakan pengesahan yang seragam untuk pengguna berwayar dan tanpa wayar, dengan Peruntukan Sifar Sentuh (ZTP), bagi membawakan perkhidmatan tanpa konfigurasi manakala AC3.0 menyediakan pengurusan rangkaian dan dasar keselamatan yang seragam.

• Penyelsaian Wi-Fi dan IoT Huawei membina rangkaian kampus pintar dengan keupayaan penderiaan semua hal dan data raya, melaksanakan penggunaan pantas Internet Pelbagai Benda (IoT) melalui penumpuan modul Pengenalpastian Frekuensi-Radio (RFID)/ ZigBee/Bluetooth.

Pusat Data Modular Pintar

Penyelesaian pusat data modular daripada Huawei menerima pakai seni bina modular dan dipasang siap serta dipratempah di kilang. Dibandingkan dengan pusat data tradisional, penyelesaian inovatif ini mengurangkan masa pengaturan sebanyak 50%. Di samping itu, ia menyediakan pengaturan atas-permintaan dan peluasan kapasiti yang fleksibel, dengan sokongan untuk keperluan perkhidmatan dalam pengkomputeran awan, dan dapat memudahkan pembangunan kampus yang pesat. Penyaman-udara arus-bawah dalam-bilik menggabungkan reka bentuk pembendungan lorong sejuk bagi meningkatkan kecekapan penyejukan, mengurangkan kos tenaga elektrik. Selain itu, modular yang amat cekap Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) dan reka bentuk 2N lewah sepenuhnya memastikan bekalan kuasa yang amat andal.

Sistem pengurusan pintar NetEco memudahkan pengurusan seragam persekitaran bilik peralatan, dengan pengurusan pintar turut memudahkan O&M serta menjadikannya lebih cekap.

Pelbagai aplikasi di kampus, makmal maya 24/7 dan perkhidmatan pengkomputeran berprestasi tinggi kesemuanya beroperasi dengan stabil dan cepat daripada pusat data modular yang berkuasa ini, bagi memenuhi keperluan pendidikan dan penyelidikan semasa dan juga masa depan baik kepada pensyarah mahupun pelajar.

Permohonan kad semua-dalam-satu dan sistem pengurusan kawalan terpusat di semua kelas bergantung kepada rangkaian data dan pusat data. Kini, pensyarah hanya perlu memasukkan kad semua-dalam-satu ke dalam satu slot untuk menghidupkan semua peranti di dalam kelas. Apabila kerosakan berlaku, kakitangan IT boleh menyemak status peranti di dalam kelas dari jarak jauh, membuat panggilan dan menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas.

Perkhidmatan kad semua-dalam-satu turut meningkatkan kemudahan buat pensyarah dan pelajar dari segi penyediaan pengenalpastian untuk mengakses pelbagai kemudahan dan membolehkan transaksi yang lebih cepat dan lebih mudah apabila membeli barangan di kampus.

Pengijazahan

Pada September 2019, universiti tersebut meraikan kumpulan graduan pertamanya. Pastinya lebih ramai lagi di masa akan datang memandangkan semakin ramai pelajar mendaftar bukan sahaja dari Asia, tetapi dari seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran di universiti kelas pertama ini. Huawei akan terus bekerjasama erat dengan Xiamen University bagi menginovasi teknologi dan melancarkan penyelesaian, produk dan perkhidmatan kampus selanjutnya yang pintar, selamat serta mesra alam untuk membina infrastruktur maklumat tahap tertinggi.

0 readers

(0 scores)

Like the story? Give your score.

0/500

Write your comment here.
Submit

0 comments

    More comments

      You have scored successfully.

      You have submitted successfully.

      Evaluation failed.

      Submission failed.

      Please write your comment first.